KAWAN-KAWAN

Friday, March 4, 2011

erti sahabat sejati

assalamualaikum readers.. how r u? hope sume2 cehat la ye :) ermm.. curi masa cket sblm wat assgn nk citer sal erti sahabat sejati.. dlm dunia nie, mmg sume org ada shbt.. tp, adakah sume sahabat kita 2, sahabat sejati? kita selalu dgr org ckp, shbt time gembira mmg ramai. tp bila kita sedih, mmg xsemua sahabat sanggup bersama2 ngn kita.. mmg xdpt dinafikan.. keadaan cm nie mmg berlaku.. tp sy nk share cket tentang erti sahabat sejati.. jom sama2 kita nilai sahabat kita.. ada x sahabat sejati lam kalangan sahabat2 yg kita ada..

seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya " Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatnya seperti berikut :


  • jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu
  • jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • jika engkau perlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • jika engkau menghulurkan sesuatu kabaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • jika dia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  • jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • jika datang sesuatu bencana menimpamu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan menolong kamu
  • jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
  • dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat 


p/s : dear friends, thanks a lot for everything.. hope our friendship will last forever!

THANK sudi baca entry nie ^^,

2 comments:

nurul ain ozali said...

saye ad ciri-ciri nie x?? hohohooh

ainna said...

mesti la ada! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
AINNA SHAFINA PUNYA!